Portal berita terbaik anda

Utama

Kerana netizen biadap, Permaisuri Agong tutup akaun Twitter

Seperti yang kita tahu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terkenal dengan sifatnya yang ramah dan sering menggunakan akaun media sosialnya untuk berikteraksi dengan rakyat.

Apa yang pasti, rakyat memuji pendekatan dilakukan oleh Tuanku Permaisuri Agong dan suka melihat setiap perkongsian serta telatah baginda yang sangat disenangi rakyat.

Bagaimanapun, akaun Twitter rasmi milik Tuanku Permaisuri Agong @cheminahsayang tidak ditemui dan kelihatan seperti telah dinyahaktif.

Susulan itu ramai netizen meluahkan rasa sedih dan ada yang mengatakan Tuanku Permaisuri Agong menutup akaun Twitternya berikutan komen biadap netizen yang tidak senang dengan perkongsian baginda.

Tidak hanya berdiam diri, rata-rata pengguna Twitter mengecam tindakan biadap ‘pengkritik’ tersebut dan menyifatkan mereka sebenarnya ‘sakit’.

Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa sedih dan meminta Tuanku Permaisuri Agong mengaktifkan semula akaunnya itu. Apa pun kita harapkan Tuanku Permaisuri Agong akan kembali berkongsikan tentang kehidupannya di Twitter.

Loading...

Leave a Reply