Portal berita terbaik anda

Hiburan

Kerajaan tidak gagal, yang gagal kita – Datuk Fizz Fairuz

Pelakon Datuk Fizz Fairuz memerli dan menyifatkan kerajaan gagal dalam membendung kes harian wabak Covid-19 yang semakin meruncing.

Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik dalam Instagramnya, Fizz meminta semua untuk berhati-hati terutama penduduk di Selangor dalam mendepani cabaran genting ketika ini.

“Cantik, naik lagi kes hari ini 11,618 kes. Warga Selangor hati-hati, negeri lain pun sama juga.

“Menteri kata kerajaan tidak gagal, yang gagal kita kot! So kita jaga kita je lah. Kita mampu!,” tulisnya berbaur sindiran.

Pada hantaran terdahulu, Fizz turut bertanya kepada pengikutnya dengan meminta mereka meneka berapa jumlah kes yang akan direkodkan hari ini.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut bersetuju dengan kenyataan pelakon filem Munafik itu.

“Semua kita yang gagal. Depa (mereka) tak gagal. Asyik-asyik salah rakyat je.

“Tak tahu apa dah nak cakap, hanya mampu berdoa je sekarang ni. Sebab kita memang dah jaga kita. Menteri je tak jaga menteri,” tulis netizen.

Hari ini Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 11, 618 kes dengan negeri Selangor kekal sebagai ‘juara’ dengan menyumbang 5,051 kes. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply