Portal berita terbaik anda

Utama

Kerajaan PH bercadang ganti istilah ‘kemalangan’ dengan ‘perlanggaran’ jalan raya

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan istilah ‘perlanggaran’ bagi menggantikan ‘kemalangan’ dalam usaha meningkatkan kesedaran keselamatan pengguna di jalan raya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya akhir tahun lalu supaya dapat memberikan maksud sebenar kesan perlanggaran sebagai punca utama kemalangan jalan raya.

“Kemalangan berlaku disebabkan faktor-faktor tidak disengajakan seperti keadaan jalan raya rosak, kenderaan gagal berfungsi baik meskipun sudah diservis, manakala perlanggaran disebabkan ‘kesilapan manusia’ atau ‘kecuaian pengguna jalan raya’ yang bersikap mementingkan diri.

“Penggunaan istilah perlanggaran di jalan raya dilihat mampu mengubah minda orang ramai supaya sentiasa peka dan berhati-hati ketika memandu.

“Istilah perlanggaran ini diperkenalkan supaya masyarakat lebih memahami tanggungjawab tertinggi ketika berada di jalan raya adalah penunggang motosikal atau pemandu kenderaan itu sendiri,” katanya dipetik Bernama selepas pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya 2020 sempena Tahun Baharu Cina 2020 di Kuala Lumpur, 9 Januari lalu.

Kamarudin berkata, dalam Bahasa Inggeris juga kerap menggunakan istilah kemalangan sebagai ‘crash’ berbanding ‘accident’.

Jadi beliau menegaskan, cadangan itu adalah sebagai peringatan supaya pengguna jalan raya tidak mementingkan diri bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Loading...

Leave a Reply