Portal berita terbaik anda

Sukan

Keputusan Man City vs Man United 7.4.2018 EPL

PAUL Pogba menjaringkan gol berganda buat Manchester United, sekali gus menewaskan Manchester City dengan 3-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Ahad.

Manchester United bangkit daripada ketinggalan dua gol dengan kemenangan di Stadium Etihad.

Namun pada mulanya Manchester City dilihat cuba memalukan pencabarnya apabila mencatatkan mata pada babak pertama.

Kelebihan dua gol itu menerusi aksi Vincent Kompany dan Ilkay Gundogan, masing-masing pada minit ke-24 dan 30′.

Pada babak kedua, Manchester United menunjukkan taring dengan Pogba meraih gol pada minit ke-53, dan 55′.

Pasukan di bawah pengurus Jose Mourinho itu kemudian menambah mata dengan gol Chris Smalling pada minit ke-69.

Kemenangan Manchester United dengan 3-2 turut menangguhkan Manchester City untuk merebut gelaran juara.

Ketika ini, Manchester City mendahului di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan 84, manakala Manchester United di tempat kedua menerusi 71 mata.

Loading...

Leave a Reply