Portal berita terbaik anda

Utama

Inkues Adib: Mahkamah Koroner putuskan Allahyarham diheret, dihentak

Mahkamah Koroner hari ini memutuskan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim akibat dipukul dan diserang oleh pihak ketiga.

Kecederaan Allahyarham Muhammad bukan perbuatan sendiri tetapi kecederaannya disebabkan perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu. Allahyarham Muhammad Adib telah diheret keluar dari jentera EMR.

Mahkamah turut menyalahkan pihak FRU dan polis yang gagal mengawal rusuhan yang berlaku sebelum insiden Muhammad Adib.

Kedengaran suara mengucap syukur Alhamdulillah sebaik sahaja Koroner Rofiah membaca rumusan keputusan inkues itu.

Selanjutnya, Mahkamah Koroner menyerah kepada Peguam Negara dan polis untuk melakukan pendakwaaan.

Peguam Syazlin Mansor yang mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menangis sebaik Mahkamah Koroner memberikan keputusan punca kematian anggota bomba itu.

Koroner Rofiah Mohamad juga dilihat sebak ketika membacakan keputusan inkues kematian Muhammad Adib kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Berita penuh menyusul

Loading...

Leave a Reply