Portal berita terbaik anda

Viral

‘Kentut pun dengar’ – Kahwini jiran sendiri, jatuh cinta ketika sidai baju!

“Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.

Begitulah peribahasa Melayu yang dapat digambarkan dengan merpati dua sejoli yang baru bergelar suami isteri ini.

Setelah bertahun-tahun menjalinkan hubungan cinta, akhirnya Nur Syafawani telah selamat diijabkabulkan dengan jirannya sendiri, Faizal.

Mengimbau semula kenangan di awal pertemuan, Syafawani berkata, semuanya bermula apabila dia dan keluarga yang sebelum ini tinggal di Kedah berpindah ke Pulau Pinang pada tahun 2013.

Menurut Syafawani, dia dan Faizal tinggal berjiran dan suaminya jatuh hati pandang pertama setelah terserempak dengannya yang ketika itu sedang menyidai pakaian di hadapan rumah.

Faizal ni jiran depan rumah. Kurang 10 tapak. Dia katanya jatuh cinta pandang pertama. Wani tengah sidai baju dan sapu sampah depan rumah. Mulalah dia angau sorang-sorang. Setiap hari ulang-alik depan rumah sampai Mama dengan Abah pun perasan. Dia dok berharap dari zaman sekolah dan berlarutan ke universiti.

Pada awalnya, wanita berusia 24 tahun ini semacam tidak dapat menerima cinta yang diluahkan oleh jirannya itu.

Walaupun sudah kena ‘friendzone‘, jejaka berusia 32 tahun tidak berputus asa untuk menambat hatinya yang dahulunya pernah ‘jual mahal’.

Bertanyakan tentang reaksi keluarga pula, mereka sangat terkejut dek kerana buah hati anak masing-masing ada di depan rumah sahaja. Iyalah, dekat sangat!

Semua terkejut! Bak kata Allahyarham Tok dulu, kentut pun dengar. Ingat tak cerita P.Ramlee yang Zaiton dengan Sudin bercinta sambil ketuk botol? Gitulah suasana dia. Lepas kahwin pun, ramai pak cik dengan mak cik usik. Sebenarnya, dari zaman degree lagi Faizal meluahkan hasrat untuk bertunang & berkahwin tapi Wani minta tangguh sebab masih belajar. Alhamdulillah, bertahun dia setia menunggu,” katanya.

Setiap kali cuti sem, kami akan OTP (on the phone) sambil senyum dari jauh. Dia tengok dari belakang rumah. Wani tengok dari depan rumah. Sambil sidai baju, sambil skodeng buah hati. Punya payah nak berjumpa. Waktu dekat universiti pun, dia kata “tengok bumbung rumah jela walaupun tak dapat tengok Wani depan mata”. Mama pula ada pesan untuk cari orang yang betul-betul nakkan kita. Bukannya kita yang beriya-iya nak pada dia.

Menurut Syafawani, dia seolah-olah tidak percaya yang mereka sudah mendirikan mahligai indah bersama. Bertuahlah dapat jodoh yang dekat ye! Kalau balik raya nanti, tak perlulah bertekak nak balik kampung siapa dulu.

Loading...

Leave a Reply