‘Kenapa buang ibu tepi jalan, nak…’

Kejadian ibu dibuang anak sendiri mungkin dapat dilihat di kaca TV menerusi siaran drama sahaja.

Namun, siapa sangka kejadian sebegitu benar-benar berlaku ke atas seorang warga emas yang berasal dari Pantai Prai, Padang Serai, Kedah ini.

Menerusi perkonsian oleh Facebook Penang Kini, warga emas itu yang dikenali sebagai Aishah, 80, ditinggalkan seorang diri oleh anak perempuannya ketika dia keluar membeli barang runcit di sebuah kedai di Taman Sungai Kob, Kulim, kira-kira 3 petang semalam.

Turut ditinggalkan sebuah beg berisi pakaian manakala kad pengenalan warga emas itu dipegang oleh anak perempuannya.

Orang awam yang berada di tempat kejadian telah membawa warga emas itu ke Balai Polis Sungai Kob untuk tindak lanjut.

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *