Kempen beli produk Muslim, Bumiputera tidak akan berjaya – Tun M

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menggesa pihak yang menggerakkan kempen membeli barangan Muslim dan Bumiputera agar menghentikannya.

Beliau berkata gerakan seperti itu tidak berkesan dan hanya akan mencetuskan kemarahan orang lain.

“Mungkin ada orang yang cetek fikiran yang buat benda macam ini. Tetapi tak berkesan. Ia senjata yang tak berkesan, tak guna buat (perkara) itu.

“(Ia) cuma timbul kemarahan. Jangan boikot barang sesiapa pun, bumiputera atau bukan bumiputera,” katanya ketika sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kempen di media sosial yang menggesa orang Melayu untuk mengutamakan barangan Muslim dan Bumiputera berbanding produk lain.

Loading...

12 Comments

  1. Mart September 4, 2019
    • Bawang September 13, 2019
      • Suhaime September 15, 2019
    • Anneke Nasution Binti Amer September 15, 2019
  2. Amrullah Abdul Hamid September 10, 2019
  3. Anjangaki September 10, 2019
    • Unclebob September 21, 2019
  4. Anjangaki September 10, 2019
  5. FAUZIAH SHAARI September 11, 2019
  6. Remy September 11, 2019
  7. Suhaime September 15, 2019
  8. TanTinTon September 22, 2019

Leave a Reply