Portal berita terbaik anda

Viral

Keluarga hilang punca rezeki, kanak-kanak derita tumor perlu bantuan

Seorang kanak-kanak lelaki yang menderita ketumbuhan di pipi memerlukan bantuan rakyat Malaysia selepas keluarganya kehilangan sumber pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlarutan lebih sebulan yang lalu.

Seorang pengguna Facebook, Shabie Delos Reyes Fabian berkongsi maklumat mengenai kanak-kanak bernama Firdaus itu dan merayu orang ramai agar menghulurkan sedikit bantuan untuk membeli ubat-ubatan bagi merawat penyakit yang sedang dihadapiya.

Menurut Shabie, orang ramai yang ingin membuat sumbangan boleh menghubungi nombor 017-8344232 atau mengunjungi keluarga berkenaan di Kampung Batu Putih, Jambatan 3, Sandakan.

Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih melihat penderitaan yang terpaksa ditanggung kanak-kanak tersebut. Mereka turut mendoakan agar dia diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan di saat penularan wabak Covid-19.

Loading...

Leave a Reply