Portal berita terbaik anda

Dunia

Kelas makin kosong, pelajar Gaza letak potret rakan syahid ubati rasa duka

Sekumpulan pelajar di Gaza, Palestin mengambil inisiatif sendiri dengan meletakkan potret rakan-rakan sekelas mereka yang terkorban dalam serangan rejim Zionis.

Ia sebagai salah satu cara mereka mengubati rasa duka akibat kehilangan sahabat yang paling rapat.

Menerusi gambar yang tersebar di media sosial, dapat dilihat wajah setiap pelajar kelihatan sugul dan muram melihat keadaan kelas yang semakin kosong dari hari ke hari.

Bukan itu sahaja, mereka seolah-olah berfikir mengenai nasib yang bakal menimpa mereka di kemudian hari.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kehidupan mereka dipermudahkan dan sentiasa tabah menghadapi dugaan dari Allah SWT.

Loading...

Leave a Reply