Portal berita terbaik anda

Utama

Kelantan negeri gagal – Guan Eng

Menteri Kewangan, Lim Guang Eng hari ini tampil mengemukakan data daripada Kementerian Kewangan untuk membuktikan negeri terbabit mengalami kekurangan dana untuk membayar gaji kakitangannya.

Bercakap kepada media di parlimen hari ini Lim menunjukkan surat dari Pejabat Perbendaharaan Kelantan yang meminta bantuan pinjaman daripada pusat untuk membayar gaji kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri.

Surat itu ditulis Pegawai Kewangan Negeri Kelantan Datuk Nik Kazim Nik Yusoff.

“Ini (surat) bukan daripada saya, dari Kelantan,” katanya.

Melalui salinan surat itu, Nik Kazim menyatakan kerajaan Kelantan terdedah kepada kelewatan pembayaran gaji kakitangan serta bil semasa.

Surat bertarikh 18 Jun 2018 itu menyatakan Kelantan perlu pendahuluan dana sebanyak RM97 juta pada Julai bagi menampung perbelanjaan luar jangka serta ketiadaan punsa baru sumber hasil.

“Implikasi shortfall ini akan menyebabkan kerajaan negeri terdedah kepada kelewatan pembarayan gaji kakitangan termasuk sambilan sebanyak RM24.5 juta sebulan, serta bayaran bil-bil melebihi 14 hari,” kata surat itu.

Surat itu juga menyatakan kerajaan Kelantan memohon pendahuluan sebanyak RM97 juta bagi menampung aliran wang tunai Kelanta untuk 2018.

Lulus walaupun ada tunggakan

Turut dijelaskan dalam surat itu bagaimana Kelantan mencatatkan aliran menaik defisit akaun semasa dengan jumlah terkumpul berjumlah RM19.46 juta dan defisit kumpulan wang pembangunan berjumlah RM45.03 juta, tidak termasuk tanggungan semasa berjumlah RM49.73 juta.

Kata Lim sebagai kerajaan apa yang dinyatakan mengenai kedudukan kewangan Kelantan dibuat berdasarkan angka-angka dan fakta sebenar.

“Pengurusan ekonomi dan pentadbiran kewangan perlu dijalankan berdasarkan fakta dan angka, bukannya sentimen dan fitnah jahat.

“Sukar memulihkan keyakinan orang ramai dan para pelabur atau membangunkan semula sebuah negeri yang gagal sekiranya membelakangkan fakta dan angka,” katanya.

Loading...

Leave a Reply