Portal berita terbaik anda

Utama

Kelantan cadang masjid dibuka untuk jemaah sudah vaksin

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan berharap agar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dapat memberi kelonggaran kepada jemaah yang sudah melengkapkan suntikan penuh vaksin Covid-19 untuk menunaikan solat di masjid.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr. Izani Husin berkata, pihaknya berharap cadangan itu mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V selaku Ketua Agama Islam negeri.

Menurutnya, pembukaan semula masjid amat tepat kerana risiko untuk golongan yang sudah menerima vaksin mendapat jangkitan Covid-19 amat rendah.

“Bukan itu sahaja, kita turut berharap supaya jumlah kedatangan jemaah yang sudah melengkapkan dua dos suntikan tidak dihadkan seperti sebelum ini.

“Bagaimanapun , pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan membawa sejadah perlu tetap diamalkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Buat masa ini, Maik hanya membenarkan empat orang jemaah atau kakitangan untuk menunaikan solat fardu di semua masjid negeri, bandar, jajahan, mukim dan surau di Kelantan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang bermula 1 Jun lalu. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply