Portal berita terbaik anda

Politik

Kecoh kononnya kereta mewah milik Najib disorokkan

BERIKUTAN penularan rakaman video yang mendakwa beberapa kereta mewah milik bekas Perdana Menteri disorok di parkir Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan di kuala Lumpur menyebabkan lebih 20 pengamal media tempatan berkumpul di perkarangan apartmen terbabit.

Satu rakaman video berdurasi 24 saat mula tular di laman sosial yang mendakwa beberapa kereta mewah yang diparkir di kawasan letak kereta aras bawah itu milik keluarga Datuk Seri Najib Razak dan disorok oleh rakannya yang memiliki unit apartmen tersebut.

Bagaimanapun tiada pasukan polis yang kelihatan membuat pemeriksaan mahupun serbuan di apartmen mewah itu malam ini.

Menurut sumber, pasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman tidak membuat sebarang serbuan di apartmen itu pada hari ini.

Sementara itu, dua buah kenderaan masing-masing Mercedes dan Toyota Vellfire yang dipercayai membawa Najib dilihat memasuki kawasan parkir bangunan pangsapuri mewah itu jam 6.45 petang tadi.

Kereta Mercedes itu kemudian dilihat keluar pada jam 8.30 malam manakala Toyota Vellfire pula keluar meninggalkan kawasan berkenaan jam kira-kira jam 9.50 malam.

Loading...

Leave a Reply