Portal berita terbaik anda

Viral

Kecoh di kedai mamak gara-gara berebut sudu dan garfu?

Tular di media sosial video pertengkaran antara seorang wanita dengan warga emas di sebuah restoran mamak sehingga mencetuskan aksi pergaduhan.

Menerusi video berdurasi 42 saat itu, warga emas berkenaan dilihat menjerit ke arah wanita terbabit lalu wanita itu menampar mukanya sebelum berlaku aksi tumbuk menumbuk dan sepak-menyepak di antara kedua-kedua individu tersebut.

Melihat keadaan yang semakin kecoh, beberapa pelanggan cuba menenangkan keadaan tetapi wanita berkenaan masih memaki hamun pakcik itu dengan kata-kata kesat.

Keadaan menjadi reda semula namun seorang lelaki tiba-tiba datang dan mahu membelasah pakcik itu sebelum dia dihalang oleh anggota keselamatan yang berada di lokasi kejadian.

Punca sebenar kejadian belum dapat dipastikan tetapi ada netizen yang mendakwa ia disebabkan perkara kecil kerana berebut sudu dan garfu.

Sehingga kini, video yang dimuat naik ke Twitter itu ditonton lebih 300,000 kali dan menerima pelbagai respon daripada netizen.

Loading...

Leave a Reply