Portal berita terbaik anda

Utama

Kecoh ‘askar komunis’ muncul di Pulau Pinang

PULAU PINANG – Gambar yang memaparkan seorang individu yang memakai pakaian seragam askar komunis di pasar karat di Road Walk di sini kelmarin menerima kecaman hebat daripada netizen.

Perkongsian beberapa keping gambar oleh Kelab Melayu Pulau Pinang menunjukkan seorang lelaki memakai baju bintang tiga di zaman penjajahan Tanah Melayu dahulu sambil menaiki sebuah basikal.

Namun lelaki tersebut dipercayai telah dihalau oleh seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ketika dia sedang meronda Rope Walk.

“Mempromosi komunis di Road Walk Pulau Pinang sempat dihalau oleh seorang veteran yang dipanggil Ramli Badak. Viralkan,” tulis kelab tersebut di Facebooknya.

Perkongsian gambar tersebut kini tular di media sosial yang kini meraih 1,300 tanda suka dan 2,100 warganet telah berkongsi gambar tersebut.

Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki terbabit di samping menyokong tindakan Ramli yang menghalaunya.

Rosma Ismail berkata: “Apa pun saya hormat dekat Ramli Badak…tapi takkan dia sorang sahaja. Mana Melayu Pulau Pinang lain… Road Walk ni ramai Melayu yang suka pergi sini…ALLAHUAKHBAR, saja nak bagi orang marah sahaja.

“Berani sungguh puak-puak ini. Apa maksud mereka buat seperti begini. PDRM cuba risik tengok macam mana. Kita akui PDRM hebat,” tulis AhmadBistamam Mamgas di Facebook.

Namun, terdapat setengah netizen mempertikaikan bahawa Kelab Melayu Pulau Pinang salah tafsir baju yang dipakai oleh individu terbabit kerana seragam terbabit bukanlah seragam askar komunis tetapi merupakan askar Jepun ketika zaman penjajahan tanah Melayu.

Naim Nastaim Bin Maarop menulis: “Admin, ini contoh seragam komunis yang mereka pakai era insurgensi. Yang abang tu pakai uniform imperial Jepun. Tak salah nak membenci tapi maklumat tu biar tepat. Kenali musuh anda,”.

Loading...

Leave a Reply