Portal berita terbaik anda

Utama

Keadaan masih terkawal, rakyat tak perlu risau dengan koronavirus – Wan Azizah

ORANG ramai tidak perlu risau dan panik mengenai kes import pertama membabitkan rakyat Malaysia berusia 41 tahun yang dilaporkan positif koronavirus baharu (2019-nCoV) pada 4 Februari lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, seramai 69 orang yang dipercayai mempunyai kontak rapat dengan lelaki terbabit sudah menjalani ujian dan pihak berkenaan sudah buat pengesanan kontak.

“Hasil pemeriksaan dan saringan mendapati semua mereka negatif bagi jangkitan koronavirus.

“Bagaimanapun, agensi berkaitan akan meneruskan pengesanan kontak, termasuk berbincang serta bekerjasama dengan kerajaan Singapura,” katanya pada sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi terkini jangkitan 2019-nCoV dan pengesanan kes baharu di Malaysia di Putrajaya, hari ini.

Selepas kes membabitkan lelaki berkenaan yang baru pulang daripada menghadiri persidangan di Singapura, adik perempuannya turut positif menjadikan kes tempatan pertama virus berkenaan.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berkata, Malaysia tetap dengan pendirian untuk tidak menyekat kemasukan pelancong warga China kecuali dari Wuhan, Hubei.

Beliau berkata, setakat ini, tiada keperluan untuk menyekat kesemua pelancong dari China.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak berikan kita pandangan begitu. Ini disebabkan, kita tak nak panik kerana di Malaysia masih terkawal.

“Kita harus menyeimbangkan antara keperluan menjaga kesihatan negara dan ekonomi.

“Setakat ini, ia masih terkawal dan tak memudaratkan keadaan,” katanya.

Loading...

Leave a Reply