Portal berita terbaik anda

Dunia

‘Kawan kata best, saya cubalah’ – Warga emas 68 tahun ditangkap rogol lembu

Seorang lelaki di Thailand ditahan polis selepas didapati merogol seekor lembu, lapor Thai Rath Online.

Suspek yang dikenali sebagai Kong, 68, berjaya ditahan selepas penduduk kampung melaporkan perbuatan keji itu kepada polis yang kemudian datang ke lokasi kejadian untuk menyiasat.

Kong ditangkap dalam keadaan tanpa seurat benang dipercayai baru selesai melempiaskan nafsunya.

Polis juga berjaya menemui baju dan seluar suspek yang ditinggalkan di hutan serta kenderaan pacuan empat roda miliknya yang ditinggalkan di tepi jalan kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

Ketika ditahan, Kong berpura-pura mengambil sayur.

Ketika disoal siasat, Kong dengan tersenyum mengaku telah melakukan perbuatan tersebut sebanyak dua kali namun tidak pernah ditangkap.

Menurut Kong, dia hanya mengikut jejak langkah rakannya yang pernah melakukan perbuatan itu sebelum ini dan menyangka ia seronok untuk dilakukan, lalu dia pun mencubanya.

Kong kemudian memandu ke kawasan kampung dan menemui lembu itu yang sedang meragut rumput, lalu diheretnya ke dalam hutan dan ditambat pada sebatang pokok bagi mengelakkan haiwan itu melarikan diri.

Namun pada hari kejadian dia tidak sempat ‘sampai ke puncak’ kerana perbuatannya telah diketahui oleh pemilik lembu yang menangkapnya.

Kenyataan Kong disanggah oleh pemilik lembu yang berjaya mengesan cecair putih di kaki suspek dan pada bahagian kemaluan lembu.

Menurut pemilik lembu, dia selalu membawa lembunya ke pinggiran hutan untuk memberinya makan dan selalu dimaklumkan oleh penduduk kampung di mana mereka kerap melihat suspek melakukan perbuatan jijik itu dengan lembu yang sama sebelum ini.

Ekoran kesalahan itu, Kong dikenakan denda 300 Baht (RM40) dan dibebaskan.

Loading...

Leave a Reply