Kartunis ‘Aku Hidup Dalam Blues’ Aie meninggal dunia

KARTUNIS Aie yang popular dengan siri “Aku Hidup Dalam Blues” dan “Aku Dan Sesuatu” menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini.

Pemilik nama asal, Saari Sulong, 48, itu dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang kira-kira jam 4 pagi tadi.

Allahyarham juga dikenali dengan siri “Abe” yang ditulis oleh kartunis Ujang suatu masa dahulu.

Ujang atau Ibrahim Anon turut menitipkan kesedihannya di atas berita itu di akaun Facebooknya.

“Innalillahiwainnailaihirrojiun mendapat perkhabaran duka pelukis kerekter Abe meninggal dunia jam 4.00 pagi tadi di kediamannya di Kampung Sg Manggis, Banting, Selangor kerana komplikasi buah pinggang.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diterima dalam golongan orang-orang yang diredai Allah,” tulis Ujang.

Berita sedih itu turut disampaikan pengendali akaun Facebook peminat Aie.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kg Manggis, Banting, Selangor hari ini.

Allahyarham Aie meninggalkan seorang isteri dan seorang anak.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *