Portal berita terbaik anda

Utama

Kanak-kanak dan penduduk Yaman kebuluran, terpaksa makan daun akibat perang

YAMAN, negara Arab termiskin, kini terperangkap dalam perang sivil dan perang dengan gabungan negara sekelilingnya yang berpanjangan dan telah membunuh puluhan ribu rakyat.

Bukan itu sahaja, jutaan penduduknya kini berada dalam kebuluran sehingga terpaksa mencari daun-daun kayu untuk mengisi perut.

Daun-daun daripada tumbuhan halas atau arabian wax itu dipetik dan direbus sebelum ianya dilenyek menjadi pes.

Keadaan itu berlarutan sehingga menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan malnutrisi.

Apa yang menyedihkan, tubuh mereka menjadi kurus kering sehingga menampakkan tulang rangka. Lebih teruk, jumlah korban kanak-kanak kini mencecah 85,000 orang sejak perang mula tercetus pada 2015.

Sementara itu infrastruktur seperti jalan, jambatan, bekalan air bersih dan elektrik, termasuk beberapa pusat kesihatan dan hospital musnah dan ini akan mengambil puluhan tahun untuk dibina semula.

Ramai yang beranggapan kejadian yang menimpa penduduk Yaman ini telah disorokkan daripada pengetahuan penduduk dunia yang lain. Apa yang menimpa mereka masih lagi kekal terpencil dan tidak diendahkan.

Jika diteruskan begini, kematian melibatkan penduduk Yaman akan terus meningkat. Semoga mata dunia akan terbuka dan bantuan dapat diberikan buat mereka di sana.

Loading...

Leave a Reply