Kamera disangka senjata, kanak-kanak mangsa perang angkat tangan ‘serah diri’

Menjalani rutin harian di negara yang berperang sememangnya berdepan dengan pelbagai ancaman sehingga penduduknya terpaksa hidup dalam ketakutan lebih-lebih lagi jika bertemu dengan pihak yang tidak dikenali.

Pada tahun 2015, gambar dua kanak-kanak perempuan yang menyangka kamera adalah senjata api pernah tular di laman media sosial.

Baru-baru ini, gambar yang dirakam di dua lokasi kem pelarian di Syria dan Jordan itu kembali menjadi perhatian netizen di Twitter.

Gambar tersebut menunjukkan dua kanak-kanak terbabit mengangkat kedua-dua belah tangan sebagai tanda menyerah diri kepada pihak musuh.

Berikutan itu, netizen meluahkan rasa sebak setelah melihat gambar menyentuh hati hati tersebut. Rata-rata berpendapat bukan sahaja kanak-kanak itu, malah mangsa-mangsa lain juga akan berbuat demikian sekiranya diancam.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *