Kambing kena padajal, habis satu badan disimbah cat

SEORANG lelaki terkejut apabila mendapati kambing peliharaan  ibunya telah dianiaya oleh individu tidak bertanggungjawab.

Menurut Khairul Amizi, kambing yang dipanggil Tam itu telah disimbah dengan cat berwarna biru menyebabkan seluruh badannya diseliputi warna tersebut.

Bukan itu sahaja, mulut haiwan berkenaan juga turut disalotep dengan pita pelekat.

“Orang Melayu dengan sifat dengki memang tak boleh bawak bincang. Baru sekali dua kambing mak aku terlepas pergi rumah kau, dah kau simbah cat, tape mulut sampai macam gini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Khairul menyifatkan perbuatan individu terbabit tidak berperikemanusiaan kerana menganiaya binatang.

Menurutnya, rumahnya juga turut menjadi tempat persinggahan haiwan ternakan milik orang lain namun, dia tidak sesekali terfikir untuk melakukan perkara sedemikan terhadap haiwan-haiwan tersebut.

“Yang aku hari hari lembu, kambing entah sesiapa penuh kat depan rumah. Penuh taik apa bagai tak pernah pulak nak buat macam-macam. Haa bereh laa! Hari ni hari kau, tunggu hari aku pulak yaa. Lepas ni Binatang apa pun yang bukan hak milik keluarga aku, penuh depan rumah faham faham lah ya,” katanya.

Sementara itu, perkongsian Khairul turut mendapat perhatian daripada netizen yang rata-rata kecewa dengan tindakan individu terbabit.

Sumber: Khairul Amizi

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *