Portal berita terbaik anda

Hiburan

‘Kalau sudah takdir tidak miliki anak, kami tetap bersyukur’ – Noh Salleh

PENYANYI Noh Salleh berkata biarpun tidak dikurniakan zuriat, dia masih bersyukur atas nikmat yang Allah berikan dalam rumah tangganya yang dibina bersama Mizz Nina.

Vokalis kumpulan Hujan itu yakin nikmat untuk dianugerahkan rezeki cahaya mata adalah keputusan Allah.

“Kalau nak cerita soal anak itu keputusan Allah. Kalau nikmat ada anak tu milik kami, nanti-nanti (kemudian) Dia bagi.

“Kalau dah bukan takdir kami menikmatnya, kami masih bersyukur,” ujarnya.

Noh berkahwin dengan penyanyi Mizz Nina atau Shazrina Azman, 38, pada 1 Julai 2011.

Pasangan yang kini aktif dalam misi kemanusiaan kini berada di Syria selama dua minggu.

Noh berkata, dia menyedari misi kemanusiaan itu juga umpama bulan madu buat dia dan isterinya itu.

“Saya sedar, ini rupa-rupanya trip honeymoon kami suami isteri sekarang. Ambil masa dua minggu untuk berkepit sama-sama buat kerja amal keliling dunia.

“Apa lagi nikmat dunia yang tuhan tak bagi lagi? Yang penting give back and be happy,”ujarnya.

Loading...

Leave a Reply