Portal berita terbaik anda

Utama

Kalau ada PRU15, separuh rakyat Malaysia akan dijangkiti Covid-19

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu belajar daripada apa yang berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekiranya Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat, separuh daripada rakyat Malaysia akan dijangkiti Covid-19 dan makin ramai yang akan meninggal dunia.

“Saya berpendapat daripada pengalaman kita di Sabah apabila ada PRU maka Covid-19 akan merebak sehingga sekarang pun tidak berhenti.

“Kalau kita ada PRU lagi sekali 50 peratus daripada kita akan dijangkiti Covid-19 dan ada yang akan meninggal,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) hari ini.

Justeru itu, katanya kerajaan tidak perlu untuk menurut kemahuan sesetengah pihak yang kemaruk kuasa semata-mata.

“Kalau kita utamakan politik, macam sesetengah orang kata prinsip tak perlu yang penting adalah politik.

“Ada PRU, kita gadai nyawa orang lain bukan nyawa kita,” katanya lagi.

Mahathir dipercayai merujuk kepada kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata UMNO mendesak agar PRU15 diadakan secepat mungkin bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.

Minggu lalu, Ahmad Zahid berkata, lebih 30 negara di dunia sudah mengadakan pilihan raya dalam keadaan mereka berdepan penularan Covid-19.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Mahathir turut ditanya samada beliau akan mempertahan kerusi Langkawi yang dimenangi pada PRU14 lalu memberi bayangan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam PRU15.

Keputusan itu diambil memandangkan usianya kini sudah melebihi 90 tahun.

“Saya umur 95 tahun, tak boleh jalan dah takkan nak suruh saya bertanding lagi,” katanya. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply