Portal berita terbaik anda

Sukan

Kagum dengan Mohamed Salah, penyokong bola sepak ini masuk Islam

DEK kagum terhadap penyerang terkenal Liverpool Mohamed Salah, seorang lelaki di United Kingdom memilih memeluk Islam.

Dulu membenci gama itu, Ben Bird berkata Salah benar-benar memberi “inspirasi” kepadanya bagi “membanteras Islamofobia dalm kalangan media dan sfera politik”, lapor The Guardian.

“Saya penyokong Nottingham Forest dan pemegang tiket bermusim kelab itu, saya masih seperti dulu, tapi saya ingin buat pengakuan bahawa saya sudah memeluk Islam, dan kini merupakan seorang Muslim,” katanya.

“Saya sangat gembira jika berpeluang bertemu dengan beliau dan mahu bersalam dengannya sambil mengatakan ‘cheers’ atau ‘shukran’.”

Mengenang dirinya yang dulu, pemegang ijazah pengajian Timur Tengah mengakui beliau sangat benci Islam, malah Ben menganggap agama itu untuk “orang yang mundur”.

Beliau juga ketika itu memandang Islam sebagai tidak berintegrasi, dan hanya mahu “menguasai dunia” seperti seekor “gajah di dalam bilik”.

“Salah merupakan Muslim pertama yang saya boleh kaitkan dengan sifat sebenar orang Islam dan Arab. Saya lihat cara beliau bawa diri dan bercakap dengan orang lain,” kata graduan University of Leeds.

“Kemudian pada minggu berikutnya, saya ternampak berita tentang beliau mengambil gambar dengan seorang penyokong Liverpool yang patah hidung kerana mengejarnya.”

“Saya tahu ramai pemain bola sepak akan melakukan perkara sama, namun anda tidak dapat menyangka bahawa Salah sanggup buat begitu.”

Tambah Ben, kecintaannya terhadap pemenang kasut emas Liga Perdana Inggeris (EPL) dua musim berturut-turut menyebabkan beliau membuat kajian yang bertajuk “Mohamed Salah, anugerah Allah”.

Loading...

Leave a Reply