J&T dah mohon maaf, siapa yang nak ganti barang pelanggan yang rosak?

Satu video viral di Internet memaparkan beberapa pekerja syarikat penghantaran J&T Express melakukan mogok dengan mencampak ribuan kotak bungkusan pelanggan.

Perbuatan itu dipercayai berlaku di sebuah lokasi di Perak selepas pekerja-pekerja J&T menerima potongan gaji dan pengurangan komisen.

Rakaman video itu membuatkan ramai pelanggan mengamuk dan kecewa dengan sikap tidak beretika pekerja-pekerja J&T itu.

Sepatutnya mereka perlu menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah. Sekiranya mereka ditindas oleh majikan, aduan kepada pejabat Buruh perlu dilakukan, bukannya dengan merosakkan barangan pelanggan.

Semalam, satu kenyataan dan video permohonan maaf telah dimuat naik di laman rasmi Facebook J&T Express Malaysia cawangan Perak.

Menerusi kenyataan itu juga, pihak J&T menafikan dakwaan mengenai pemotongan gaji dan komisen.

Sebaliknya, kejadian yang berlaku pada 4 Februari lalu berpunca daripada rasa tidak puas hati di kalangan pekerja yang tidak menerima bonus berikutan tempoh berkhidmat yang masih baru.

Persoalannya, mengapa majikan memotong gaji dan komisen pekerja sedangkan menerima jumlah penghantaran yang banyak setiap hari?

Siapa pula yang akan bertanggunjawab ke atas kerosakan barangan pelanggan? Diharap pihak J&T Express akan menyelesaikan masalah ini dengan profesional ya!

Loading...

Leave a Reply