Portal berita terbaik anda

Utama

Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian ditutup 4 bulan

KUALA BESUT – Terminal jeti penumpang Kuala Besut ditutup mulai esok susulan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula awal bulan November.

Ketua Pejabat Laut Kuala Besut, R Azmi Ab Rani berkata, sebarang operasi membawa penumpang atau pelancong untuk ke Pulau Perhentian dihentikan sementara.

Menurutnya, terminal tersebut ditutup selama empat bulan mulai esok sehingga Mac berikutan musim tengkujuh yang lazim berlaku dalam masa tersebut setiap tahun di negeri ini.

“Bagaimanapun permohonan belayar bagi bot-bot penduduk tempatan akan dipertimbangkan sekiranya terdapat keperluan atau kecemasan.

“Ia bergantung juga kepada laporan keadaan cuaca semasa yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia,” katanya.

R Azmi berkata, pematuhan arahan tersebut perlu dipatuhi bagi mengelak sebarang kesulitan dan risiko kepada pengendali bot dan penumpang.

Menuruntya, terminal Kuala Besut merupakan pintu masuk utama pelancong untuk pergi ke Pulau Perhentian selain penduduk pulau itu.

“Pihaknya menutup terminal tersebut setiap tahun sepanjang musim tengkujuh kerana lazimnya keadaan laut bergelora dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.

Loading...

Leave a Reply