Portal berita terbaik anda

Utama

Jenazah Abam Bocey selamat dikebumikan

SEWAKTU azan Maghrib berkumandang, jenazah allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Ridzuan secara perlahan-lahan diturunkan ke liang lahad untuk disemadikan sebentar tadi.

Allahyarham yang dilebih dikenali sebagai Abam Bocey meninggal dunia di rumahnya pagi tadi dan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.

Jenazah allahyarham dibawa ke Masjid Zakaria, Gombak Utara, sejurus selesai proses bedah siasat untuk dimandi dan dikafankan.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, untuk disemadikan buat selama-lamanya.

Salam takziah buat seluruh keluarga allahyarham, buat ibunya, isterinya, adik beradiknya. Moga Allah SWT cucuri rahmat ke atas roh allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beramal soleh dan solehah. – SM

Loading...

Leave a Reply