Portal berita terbaik anda

Viral

Jatuh cinta ketika sama-sama main PUBG, lelaki ini nikahi gadis lumpuh

Cinta tidak hanya berlandaskan paras rupa dan fizikal semata tetapi paling penting sekali adalah keikhlasan hati seseorang itu

Dalam memilih pasangan hidup, selain daripada melihat dari sudut agama, akhlak, dan keperibadiannya, faktor utama sebelum seseorang itu memilih calon pasangan sudah tentu adalah keserasian.

Jika seseorang itu sudah berasa serasi dengan calon pasangannya, maka dia tidak akan sekali-kali memandang orang lain kerana hatinya sudah tetap dengan yang ada di dalam hati.

Dan apabila hati sudah berkenan, kekurangan yang ada pada pasangannya itu akan dianggap sebagai satu keistimewaan.

Baru-baru ini, viral kisah seorang lelaki yang tidak menjadikan kekurangan gadis pilihannya sebagai penghalang untuk mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri

Amirul Syahmi Mohd Yazid, 25, telah menikahi Siti Aisyah Zaid, 22, yang lumpuh kedua-dua belah kaki dan kini berkerusi roda.

Munurut Siti Aisyah, dia bersyukur suaminya sanggup menerima kekurangan yang dialaminya.

“Kedua-dua kaki saya ini lumpuh selepas motosikal yang saya tunggang terlibat dalam kemalangan di Parit Raja dua tahun lalu dan ketika itu saya masih belum berkenalan lagi dengan suami walaupun kami masing-masing tinggal di daerah ini,” kata Siti Aisyah.

Menariknya, pasangan suami isteri itu telah berkenalan melalui permainan video atas talian, Player Unknown’s Battleground (PUBG).

“Kami hanya berkenalan pada tahun lalu secara tidak sengaja melalui permainan video atas talian, Player Unknown’s Battleground (PUBG) pada tahun lalu dan bermula dari situ, hubungan kami bertambah akrab sehingga membuahkan rasa cinta,” katanya menerusi akhbar Sinar Harian.

Tambah meriah, pasangan suami isteri berkenaan telah disatukan dalam Majlis Pernikahan Beramai-Ramai anjuran Kelab Kebajikan Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat

Selain mereka, turut memeriahkan majlis yang diadakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat pada 18 Ogos yang lalu itu adalah 17 lagi pasangan mempelai.

Amirul Syahmi berkata, dia mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama Siti Aisyah selepas diberitahu oleh ahli keluarganya tentang Majlis Pernikahan Beramai-Ramai tersebut kira-kira beberapa bulan lalu.

Menurutnya, walaupun dengan bayaran hanya RM3,500, dia secara peribadi berpuas hati dengan perjalanan majlis perkahwinannya itu yang berlangsung dengan meriah dan akan menjadikannya kenangan terindah dalam sejarah hidup dia serta isteri.

Alhamdulillah.

Semoga Amirul dan Aisyah kekal bahagia hingga ke akhir hayat!

Loading...

Leave a Reply