Portal berita terbaik anda

Hiburan

Penangan ‘Dosa Semalam’, lakonan mantap Janna Nick dapat pujian

Janna Nick sekali lagi membuktikan kredibilitinya sebagai pelakon berbakat apabila membintangi telefilem arahan Raja Mukhriz bertajuk Dosa Semalam yang disiarkan di slot Cerekarama TV3, malam tadi.

‘Dosa Semalam’ yang mengetengahkan tema perkahwinan dua darjat mengisahkan perjalanan hidup seorang gadis penjual nasi lemak bernama Khadijah bersama Azlan lakonan Izzue Islam.

Jadi hamba abdi mak mertua

Dalam cerita tersebut, perkahwinan Khadijah dan Azlan tidak mendapat restu ibu Azlan bernama Rosnah, lakonan Khaty Azian.

Disebabkan itu, Rosnah telah mendera dan melayan Khadijah seperti seorang hamba.

Badan kena seterika…

Antara babak yang cukup intense ialah, saat Rosnah bertindak melekapkan seterika pada badan Khadijah.

Bukan hanya itu, Khadijah juga telah difitnah dan dipaksa memujuk Azlan untuk berkahwin dengan wanita pilihan ibu mertuanya.

Merentap emosi para penonton

Lakonan mantap Janna Nick itu berjaya menyentuh emosi para penonton, ditambah pula dengan jalan cerita yang digarap dengan begitu baik.

Rata-rata netizen yang menonton telefilem tersemu menyifatkan Janna Nick seorang pelakon yang sangat berbakat dan mampu menjiwai watak dengan sepenuh hati sehingga ada yang hampir terlupa dengan karakter asal Janna yang ceria itu.

Kalau sudah berbakat, berilah apa sahaja watak pasti akan menjadi. Walaupun dalam usia yang masih muda, Janna telah membuktikan bahawa dirinya setanding dengan pelakon handalan yang lain.

Loading...

Leave a Reply