Portal berita terbaik anda

Utama

Jangan kecam peminjam PTPTN – Adam Adli

KUALA LUMPUR ― Aktivis Adam Adli Abd Halim mengecam sindiran pemimpin kerajaan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN).

Menyifatkannya tidak wa­jar, beliau tanpa menyebut nama mana-mana pemimpin berkata kegagalan membayar hutang itu bukan semata-mata “salah pelajar”, lapor Utusan Online.

“Salahnya adalah pada sistem dan model PTPTN itu sendiri. Ia memang akan ditakdirkan gagal kerana sektor pendidikan bukan tempat untuk membuat keuntungan,” katanya.

“Kegagalan untuk memenuhi manifesto masih boleh diterima, namun apabila mengecam pula peminjam, itu seolah mengkhianati persefahaman yang dibina dulu”.

Ahad lalu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mahu peminjam melunaskan hutang “walaupun 10 sen” kerana perkara itu dituntut dalam Islam.

Sebaliknya, Adam berkata peminjam culas bukan pernah disebabkan hasutan pembangkang yang kini membentuk kerajaan persekutuan sebaliknya ia “aksi keingkaran awam”

“[…] dahulu lagi ia sudah berlaku, sejak awal 2000. Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan mula mengangkat isu PTPTN pada 2012,” katanya.

Selain itu, Adam juga mendapati isu anak muda atau mahasiswa “agak perlahan” dan “sesetengahnya mengece­wa­kan” terutama berkaitan kedudukan universiti dan pelajar.

“Jika dibuat perbandingan sektor pendidikan agak tertinggal,” katanya.

Loading...

Leave a Reply