Portal berita terbaik anda

Utama

‘Jangan buat main dengan gelaran doktor, silap langkah boleh mudarat’

Susulan pendedahan mengenai status isteri kepada Da’i yang didakwa menyamar sebagai doktor pakar, seorang penolong pegawai perubatan tampil memberikan pendapat mengenai perkara tersebut.

Menurut Muhsin Zaidi, perbuatan wanita itu merupakan satu kesalahan jenayah kerana melibatkan nyawa pesakit malah seseorang individu tidak sewajarnya menggunakan gelaran doktor untuk tujuan tertentu.

Muhsin berkata, pengakuan wanita tersebut sebagai pakar neurologi boleh membuatkan ramai keliru apatah lagi sekiranya orang awam tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenai perubatan.

Difahamkan, wanita itu juga didakwa mengaku sebagai pakar perubatan kosmetik yang mana bidang tersebut hanya mempunyai beberapa doktor pakar sahaja yang berkhidmat di Malaysia.

Walau bagaimanapun, beliau memahami ramai yang bercita-cita ingin menjadi doktor sejak kecil tetapi seorang individu perlu sedar sekiranya mereka tidak layak untuk merawat pesakit.

Muhsin juga beranggapan bahawa perbuatan golongan seperti itu adalah menipu kerana hanya ‘menayang’ stetoskop, orang awam akan percaya dan kagum dengan kepakaran mereka.

Sumber: Muhsin Zaidi

Loading...

Leave a Reply