Jangan bina kuil sesuka hati, kemudian salahkan pihak yang meroboh – Presiden MIC

KLANG – Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran meneur masyarata India yang membuna kuil di tanah orang lain yang akhirnya menyebabkan ia dirobohkan.

Katanya, apabila ia berlaku banyak pihak akan menuding jari menyalahkan pihak yang merobohkan kuil dan menuduh MIC ‘tidur’

“Siapa yang sebenarnya sedang hina dan aibkan Dewa-Dewa Tuhan kita yang kita bina dan menyembahnya kemudian tiba satu masa ada pihak yang mempunyai hak ke atas tanah itu mengambil tindakan termasuklah merobohkan atau memecahkan patung kita?

“Sanggupkah anda tengok para Dewa kita diperlakukan sedemikian rupa? Bukankah ini salah kita sendiri,”

“Adakah anda suka jika ada orang bina sesuatu di tanah anda tanpa kebenaran anda? Adakah ini adil?,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung MIC ke-74 di sini hari ini.

Katanya, perkara itu perlu ditangani dan beliau telah memanggil pemimpin India , tampa mengira parti, untuk duduk semeja mencari jalan penyelesaian agar generasi akan datang tidak mengalami masalah yang sama.

Sementara itu, Vigneswaran memberitahu, isu perobohan kuil Kedah sebelum ini sepatutnya boleh diselesaikan menerusi perbincangan.

“Apa yang berlaku di Kedah sungguh mendukacitakan kami. Sepatutnya mereka boleh duduk berbincang terlebih dahulu tetapi hanya perang mulut serta tuduh menuduh sahaja,” ujarnya.

Berikutan itu, tambah beliau, hubungan antara Pas dan MIC terjejas.

Sebelum ini Timbalan Presiden MIC merangkap Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan menggesa Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor supaya menjelaskan pendiriannya berhubung kuil dan tempat ibadat, susulan perobohan sebuah kuil di negeri itu.

Saravanan menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan sendirian Muhammad Sanusi berjanji dalam mesyuarat pada Julai lepas akan memaklumkan kepada beliau dan juga Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique sekiranya ada kuil yang akan dirobohkan. – MalaysiaGazette

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *