Portal berita terbaik anda

Utama

Jaguh ragbi kebangsaan, Dr Mazlan Ismail meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Arena sukan ragbi tempatan mendapatkan perkhabaran sedih apabila bekas pemain ragbi kebangsaan, Prof Madya Dr Mazlan Ismail, 39, disahkan meninggal dunia semalam akibat strok.

Beliau yang juga Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar di Fakulti Sains Sukan & Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, meninggalkan seorang balu, Azlina Mohd Ariff dan tidak mempunyai cahaya mata.

Menurut Azlina, jenazah suaminya yang meninggal dunia jam 12.58 tengah malam akan dikebumikan di Taiping selepas solat Zohor.

“Saya bagi pihak keluarga memohon jika suami sepanjang hidupnya ada terbuat salah, terlanjur kata dengan sesiapa sahaja, saya mohon agar dimaafkan salah dan silapnya.

“Mohon dihalalkan segala makan dan minumnya dan akhir kata, jika ada yang dia terhutang pada sesiapa bolehlah hubungi saya untuk dijelaskan agar pemergiannya tenang.

“Pemergiannya amat dirasai oleh kami sekeluarga tapi Allah lebih menyayanginya.

“Semoga segala kesakitan yang dia alami terhenti dan semoga amal ibadah diterima disisi Allah serta ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Mazlan pernah mewakili pasukan 7 sebelah kebangsaan ke Sukan Komanwel Manchester 2002 serta Sukan Asia Busan 2002.

Beliau juga pernah beraksi bersama pasukan 15 sebelah kebangsaan.

Loading...

Leave a Reply