Portal berita terbaik anda

Utama

Isu Tabung Haji: Tiada penyelewengan, cuma terbayar dividen kepada rakyat

Isu Tabung Haji ini jelas. Tidak ada penyelewengan. Tak ada orang curi duit. Yang ada (jika ada sekalipun) cuma terbayar dividen kepada rakyat.

Ini pun kita boleh argue sebab nilai aset TH sebagai identiti tunggal sebenarnya lebih tinggi daripada liability jika kita ambil kira Net Realisable Value (NRV). Ia adalah kaedah sah bagi memperoleh harga sebenar setiap aset. Tak semestinya dengan letak nilai kos aset pada penyata kewangan. Kaedah ini diperakukan oleh Ketua Audit Negara.

Apa yang penting, ia menunjukkan sikap sebenar kerajaan hari ini kepada institusi yang melibatkan orang Islam.

Kenapa marah pengurusan dahulu guna kaedah ini jika ia boleh memberikan lebih manfaat kepada rakyat?

Apakah dengan memberi dividen RM3bilion tersebut akan menjahanamkan Tabung Haji sedangkan politiking berterusan sehingga TH hilang hampir RM3b nilai pasaran itu tiada apa-apa kesan?

Kemudian, tidak semena-mena diletakkan TH di bawah BNM dan dibentuk sebuah SPV (special purpose vehicle – syarikat tujuan khas) bagi membeli aset-aset TH. Kononnya untuk menyelesaikan masalah TH.

Baca: BNM akan kawal selia Tabung Haji bermula Januari 2019

Masalahnya SPV belum lagi dibuat, TH belum lagi dikawal selia BNM, tiba-tiba menteri dah boleh isytihar ada dividen tahun hadapan.

Kalau pakai logik, ia bermakna pada saat hari ini nilai kos aset TH sudahpun melebihi liabiliti mereka. Dan ia dijamin kekal begitu sehingga akhir tahun. Jika tidak, menteri takkan berani isytihar dividen.

Baca: Mujahid jamin TH tetap akan beri hibah kepada pendeposit

Soalannya, kalau kewangan dah elok kenapa masih nak buat SPV beli aset TH dan letak TH bawah BNM?

Kalau terus terang kan senang. Buat SPV ini berpotensi menyebabkan aset-aset bernilai TH ini terlepas ke tangan konglomerat luar. Mustahil aset-aset ini merugikan. Kalau rugi, syarikat lain takkan beli.

Dan bila diletakkan di bawah BNM, TH akan tertakluk kepada peraturan BNM. Nak isytihar dividen tak boleh mudah-mudah ikut prosedur lama.

Yang paling penting BNM ini agensi bawah Kementerian Kewangan. Walaupun dikira badan bebas, tapi dah tentu Kementerian ada pengaruh kepada BNM. Takkan letak bawah saja-saja selama ini.

Dan takkan saya nak cerita siapa menteri kewangan.

Jadi senang. Benda tak ada isu. Dibuat isu supaya dapat capai matlamat.

Ramai orang tanya saya. Perlukah mereka keluarkan simpanan TH dan masukkan dalam institusi kewangan lain. Saya kata jangan. Kita sayang dan akan pertahankan TH.

Pada saat kita mengeluarkan simpanan TH, TH akan lemah. Akhirnya TH akan rebah.

Bila TH rebah, mereka akan menang.

Sumber: Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Loading...

Leave a Reply