Portal berita terbaik anda

Utama

Isu Rohingya: Dua individu ini guna media asing burukkan nama Malaysia

MELAMPAU, tindakan dua rakyat Malaysia menggunakan media luar bagi mengkritik tindakan kerajaan terhadap pelarian Rohingya.

Malah, negara dipercayai turut dituduh enggan mematuhi prinsip undang-undang antarabangsa dan adat.

Tulisan Thomas Daniel dan Puteri Nor Ariane Yasmin dari Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) itu menggambarkan seolah-olah negara perlu mematuhi Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967.

Walaupun kerajaan negara ini tidak meratifikasi dan menandatangani persetujuan berkaitannya.

Menerusi ruangan pendapat dalam portal South China Morning Post (SCMP), pandangan sedemikian dilontarkan selepas penerimaan negara terhadap pelarian Rohingya berbeza berbanding sebelum ini.

Pandangan pemimpin politik negara berhubung penularan wabak Koronavirus (Covid-19) juga disifatkan sebagai jalan mudah untuk menolak kemasukan pelarian Rohingya.

“Mudah keputusan diambil oleh penggubal dasar. Negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama enam minggu untuk mengekang Covid-19 dan sumber bantuan semakin berkurangan.

“Malaysia juga berhadapan dengan xenofobia daripada sentimen negatif terhadap pelancong dari China serta buruh asing,” katanya.

Menerusi pandangan sedemikian, kerajaan terus dituduh membuat kesilapan apabila pandemik Covid-19 dijadikan alasan untuk menolak kemasukan pelarian Rohingya.

Malah, mereka juga menyifatkan, negara-negara lain melihat Malaysia sebagai lokasi terbaik bagi menempatkan pelarian dari Myanmar itu.

Menurut mereka lagi, Malaysia akan dilihat sebagai hipokrit sekiranya terus menolak kemasukan pelarian.

“Kemasukan pelarian dilihat selari dengan prinsip Islam. Sentimen Islam pernah dimainkan oleh Perdana Menteri sebelum ini iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Penyokong pertikaian sedemikian terlupa bahawa pintu negara ini pernah dibuka berdekad sebelum ini. Rombongan bot pelarian ke Malaysia juga bukan satu fenomena baharu,” ulasnya.

Dalam pada itu, pandangan sdemikian juga dilihat tidak merujuk kepada kebejatan sosial yang dibawa etnik Rohingya sehingga menimbulkan kemarahan rakyat tempatan.

Justeru, mereka mencadangkan kerajaan supaya memperuntukkan sebahagian sumber negara kepada pelarian Rohingya serta menempatkan mereka sebagai pekerja di sektor swasta.

Selain itu, mereka turut meminta kerajaan mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam serta luar negara bagi membantu pelarian dari Rakhine itu.

Cadangan terakhir, mereka menggesa Malaysia menekan ASEAN terutama Thailand dan Indonesia supaya turut membantu pelarian Rohingya. – SM

Loading...

5 Comments

  1. Hassan

    Di Myanmar ada melayu muslim yang dah ada sejak lebih 200 tahun, kenapa junta menghormati mereka tapi meng halau rohingya ?

    • Itu lah, kena check kenapa asyik Malaysia juga mereka nak mai menempek. Kalau betul Rohingya Islam, agama Islam menekankan isu kebersihan tetapi bangsa Rohingya bangsa Pengotor, kambing pun bela dalam rumah.

  2. Haris Ibrahim

    Gini lah sebagai contoh :

    Anda melihat warga asing yg tinggal di bawah jambatan, keadaan kesihatan teruk dan kotor…atas rasa kesian maka anda ambil mereka ini tinggal di rumah. Anda beri rawatan kesihatan, beri makan minum, beri pakaian, beri perlindungan (walaupun satu bumbung tp bilik lain-lain, sebab anda tuan rumah bukan). Tp bila dia sihat, mula2 dia masuk dapur dgn alasan makanan anda dan makanan dia tak sama rasa, lepas tu dia kacau ruang TV sebab dia kata tak faham bahasa kita, nak tengok TV siaran mereka, lepas tu dia mula susun semula perabut rumah anda sebab pada pandangan mereka kata tak sesuai…..apa perasaan anda? Itu pun belum lagi yg suka-suka masuk keluar rumah tak ikut masa, ajak kawan2 datang rumah anda, ambik kenderaan anda tanpa bagi tau

    Bila ada warga asing lain yg juga mahu menumpang rumah anda, kali ini anda menolak, tiba-tiba ada yg tuduh anda tidak berperi kemanusiaan…..eh, betul ke? adakah mereka merasa apa yg anda rasa?? Bila anda dah serabut, anda minta warga asing yg anda tumpangkan dulu keluar dr rumah anda…skrg dia dah sihat, kemas dan bersih….eh, ada pula yg tuduh anda halau dia keluar dan nak biarkan dia mati di luar. Betul ke dunia ni

    Penyelesaian senang je…sama2 timbang rasa, yg menolong dah cukup peri kemanusiaan, yg di tolong pula perlu sentiasa sedar diri, perlu hormati org yg menolong, jgn rosakkan budaya, harta benda org, tak meminta sesuatu yg bukan hak, patuh dan hormat kepada setiap tatacara(peraturan) bila berada di rumah org yg menolong….kalau macam ni baru lah akan kekal lama hubungan keduanya.

  3. Bj

    We should now focus our own problems , needs and assistance before givin out to the others. Its a good deed to help mankind but in any religions and believed stated that charity begins at home! There are two (2) types of Malaysian
    1. Who sincerely help
    2. Who sincerely help with or for a reason

    Time for all Malaysian to reject the Rohingya s and focus on Malaysians especially pre/ post CVD19. I am setting a foundation to help Malaysian ( urban, rural, ) to kick start their life post CVD19 and to get ready if any in the future we will face the same issues and May God bless us

Leave a Reply