Isteri Rahmat Rabbani meninggal dunia akibat Covid-19

KUALA LUMPUR – Anggota kumpulan nasyid Rabbani iaitu Rahmat berkongsi berita sedih mengenai isterinya, Norazlina A Rahman yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Rahmat atau nama sebenarnya Ahmad Shafie berkata Norazlina, 49, dikejarkan ke hospital selepas sesak nafas pada Rabu lalu.

“Isteri saya meninggal dunia pada jam 5.25 pagi tadi di Hospital Selayang. Punca kematian adalah akibat Covid-19. Pada masa sama, isteri saya juga menghidap masalah buah pinggang dan darah tinggi,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Rahmat, dia juga sebelum ini disahkan positif Covid-19 dan perlu menjalani kuarantin di rumah.

“Saya disahkan positif selepas menjalani ujian calitan (swab) pada 11 Januari. Tapi, kuarantin di rumah bersama isteri dan empat anak kami.

“Setakat ini, anak-anak saya masih lagi negatif dan mereka juga tidak menunjukkan sebarang gejala,” katanya.

Sebelum ini, Allahyarham Norazlina juga dilaporkan mengalami kelumpuhan separuh anggota badan selepas jatuh di bilik air pada Mac tahun lalu.

Jenazah Allahyarham Norazlina dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara pada jam 2 petang ini

Allahyarham meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Nur Aliah Natasha, 22, Mohd Arif Iskandar, 21, Mohd Arif Haikal, 19 dan Mohd Risqy, 12.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *