Portal berita terbaik anda

Politik

Ismail Sabri dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baharu

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai ketua blok pembangkang dalam persidangan Dewan Rakyat Penggal Kedua, Majlis Parlimen ke-14 yang bakal berlangsung Isnin nanti.

Ismail yang memegang jawatan sebagai Naib Presiden UMNO itu menggantikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berehat daripada memegang peranan sebagai Presiden parti tersebut.

Timbalan Presiden UMNO, yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Mohammad Hassan berkata, perlantikan tersebut telah mendapat persetujuan oleh semua ahli majlis tertinggi parti (MT) serta telah dimaklumkan sendiri kepada Ahmad Zahid.

“UMNO dan Ahli-ahli MT Barisan Nasional (BN) telah bersetuju bahawa kita melantik ketua pembangkang yang baru, Datuk Seri Ismail Sabri, berdasarkan kepada senioriti dan disebabkan itu, jawatan sebagai Ketua Whip diserahkan kepada Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Persetujuan itu juga turut mendapat sokongan daripada semua parti yang berada di blok pembangkang termasuk Pas serta semua parti gabungan dari Sarawak.

“Jawatan Ketua Whip Parlimen yang dipegang Ismail Sabri Yaakob sebelum ini akan diambil alih oleh ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, di Menara Dato’ Onn, di sini semalam. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply