Portal berita terbaik anda

Utama

Islam larang intip rumah orang untuk cegah maksiat – Ustaz Azhar

Islam melarang pencegah maksiat mengintip orang awam yang melakukan maksiat (khalwat) di dalam rumah atau hotel dalam usaha untuk mencegahnya, demikian kata Ustaz Azhar Idrus dalam satu video ceramahnya.

Menurut penceramah bebas terkenal itu, hukum bagi mencegah kemungkaran seperti yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW hanya tertakluk kepada maksiat yang berada di depan mata sahaja.

“Jangan kita (pencegah maksiat) memecah rumah orang secara paksa untuk tahu mereka melakukan maksiat. Itu tidak boleh,” katanya.

Kata Ustaz Azhar, menurut adab Islam pencegah maksiat perlu mengetuk pintu dan memberi salam terlebih dahulu serta mendapatkan kebenaran tuan rumah sebelum memasukinya.

“Sekiranya tuan rumah tidak mengizinkan, Islam melarang memecah masuk termasuk menendang pintu rumah itu,” katanya.

Loading...

Leave a Reply