Portal berita terbaik anda

Sukan

‘Islam agama yang indah’ – Patrice Evra

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra dengan lantang mengatakan bahawa Islam adalah agama yang indah

Kenyataan pemain bola sepak Perancis itu dalam satu temubual baru-baru ini mendapat perhatian meluas di media sosial apabila dia hanya mengatakan perkara-perkara yang baik tentang Islam.

Evra yang dibesarkan dalam keluarga Katolik melihat semakin ramai orang menyalahkan Islam dalam apa jua kes keganasan.

Sejak dari itu, dia mula mempertahankan Islam dan menentang suara-suara negatif masyarakat.

“Islam adalah agama yang indah,” kata Evra.

Menurutnya, walaupun mendapat tentangan dari ayahnya sendiri, dia tetap teguh dengan kepercayaan tersebut.

“Selepas ayah saya tahu, dia marah saya. Ayah saya Katolik tetapi saya masih mempertahankan kepercayaan saya. Dengan keyakinan yang saya ada, saya boleh menentang ayah, ibu dan kawan saya,” katanya lagi.

Ini bukanlah kali pertama Evra menyampaikan perkara-perkara positif mengenai Islam

Evra juga pernah meraikan Hari Raya Aidiladha bersama Paul Pogba pada 2016.

Pada 2017 selepas serangan di Barcelona, Evra telah meminta orang ramai untuk tidak bercakap buruk terhadap agama Islam dan umatnya.

Beliau percaya bahawa ada pihak yang menggunakan sentimen agama semata-mata untuk mencetus peperangan dan membunuh orang yang tidak bersalah di seluruh dunia.

Semua perkara ini telah diluah oleh Evra menerusi satu posting di Instagram bertarikh 21 Ogos 2017.

 

View this post on Instagram

 

I would just like to say my opinion about what’s happening in this moment and about religion. I speak 6 languages, I’ve been raised as a catholic but I also want to learn about every religion just as I want to learn many languages. I’m learning about Islam at the moment and I’m reading the Quran. The more I grow up the more I’m asking questions to myself, I believe in God I believe in Jesus, so why I shouldn’t believe in prophet Mohammed. Some people use religion to create war or to kill innocent people all over the world. Some people are manipulated with a distorted view of religion, some leaders, some media want to create hate around certain religions….so what I want to say is, before you judge somebody or judge a religion is learn about it. I say it again Islam is such a beautiful religion it’s about peace, it’s about helping each other. . We need to stop reading the media. God didn’t create us to kill innocent people. We all have a purpose and I want to bring more positivity and more happiness and we only live once and if we are here it’s because God wants us to do something. I play football and I have worked hard so I can help others, I have 400 kids in Senegal and I hope to open more things all around the world, I don’t want any compliment for that but I know what I have been put on this planet to do and that is to be the best human being I can. Whatever your situation, you can always be the best human being you can. For me that is the perfect religion… being a good human being. To be religious isn’t just to pray it’s in the way you act. I will pray with every religion …in church in a mosque, in a Synagogue, I will meditate, I’m not lost im just open, we all pray to the same God. I believe it teaches you to know about yourself better, about your spirit and you see the world in a different way. Stop the hate, stop being scared about things you don’t know. Stop the terrorism. Respect every religion and if you are scared of a certain religion… instead of being scared try to learn about it and listen before you make any judgement. I know this is just my opinion, and this world needs more act than wise words…

A post shared by Patrice Evra (@patrice.evra) on

“Saya katakan sekali lagi Islam adalah agama yang indah tentang keamanan, tentang membantu satu sama lain. Kita perlu berhenti membaca media. Tuhan tidak menciptakan kita untuk membunuh orang yang tidak bersalah. Hormati setiap agama dan jika anda takut agama tertentu, daripada takut cuba belajar mengenainya dan dengar sebelum anda membuat keputusan. Saya tahu ini hanya pendapat saya, dan dunia ini memerlukan lebih banyak tindakan daripada perkataan,” tulisnya.

Selain itu, Evra turut bercakap tentang bagaimana bola sepak dapat memberi mesej positif kepada dunia dan membantu menamatkan isu perkauman

“Kita perlu mendidik sejak dari mula lagi. Seorang kanak-kanak perlu tahu dari sekarang bahawa perkauman adalah buruk. Kita perlu mendidik. Jika ibu bapa kepada kanak-kanak itu bersifat perkauman, dia akan membesar menjadi seorang bersifat perkauman juga,” katanya.

Loading...

Leave a Reply