Portal berita terbaik anda

Utama

IPD Kuala Terengganu tawar diskaun 50 peratus saman trafik

KUALA TERENGGANU – Pemberian diskaun sehingga 50 peratus bagi semua jenis saman trafik ditawarkan kepada orang ramai dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada 30 November hingga 1 Disember ini.

Tawaran bersempena program Hari Bersama Pelanggan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu itu berlokasi di Anjung Perhentian Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, Bagaimanapun, diskaun berkenaan tidak termasuk untuk enam jenis saman.

“Antara enam jenis saman yang dikecualikan daripada diberi diskaun separuh harga itu termasuklah saman kemalangan tahun semasa, saman berstatus NC, saman berstatus waran tahun semasa dan saman dalam perbicaraan.

“Selain itu, saman berkaitan lori dan sebarang saman sempena Op Selamat tahun semasa,” katanya yang turut menjelaskan orang ramai juga boleh membuat semakan saman di kaunter yang dibuka nanti.

Suffian berkata, sempena program yang berlangsung selama dua hari itu, pihaknya ada mengedarkan risalah-risalah berkaitan pencegahan jenayah dalam usaha menyampaikan pengetahuan jenayah semasa kepada orang ramai.

Jelasnya, dalam masa sama, peluang kepada orang ramai yang hadir untuk mendaftar sebagai sukarelawan atas talian atau lebih dikenali Volunteer Smartphone Patrol (VSP) juga dibuka.

Beliau berkata, khidmat nasihat terutama dalam aspek pencegahan jenayah dadah, ‘scammer’ dan lain-lain oleh pakar dalam bidang tersebut turut disediakan secara percuma kepada pengunjung sepanjang tempoh program berlangsung.

Loading...

Leave a Reply