Portal berita terbaik anda

Utama

Inkues: Kesan tapak kasut, lebam pada badan Muhammad Adib

SHAH ALAM – Saksi kesembilan bagi prosiding inkues Muhammad Adib Mohd. Kassim memaklumkan kepada Mahkamah Koroner bahawa dia ternampak kesan tapak kasut pada rusuk kanan anggota bomba itu.

Mengesahkan bahawa anggota bomba terbabit adalah Muhammad Adib, R. Naresh, 30, berkata, selepas dia dan beberapa orang awam mengangkat Muhammad Adib ke dalam kenderaan jenis Mitsubishi Storm di bahagian belakang (bucket) milik seorang lelaki, dia memeriksa keadaan individu yang diangkatnya.

Naresh yang merupakan sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam menjelaskan, ketika tersandar di kereta, baju celoreng dan tshirt Muhammad Adib telah ditanggalkan dan ketika di atas kenderaan pacuan empat roda itu, dia ternampak kesan tapak kasut berikutan kulit mangsa yang putih.

“Saya ada memeriksa dan masa ini keadaannya sesak nafas dan mata tertutup selain tiada tindak balas. Saya juga memeriksa badannya dan ternampak rusuk kanannya ada lebam serta berwarna merah.

“Pada masa ini, saya mendekatkan muka di badannya dan ternampak pasir dan kesan kotoran pada rusuk kanannya bersaiz sejengkal. Saya telah mengelapnya dan kesan tersebut hilang selain fokus kepadanya dengan meneruskan komunikasi bersamanya walaupun dia tidak sedarkan diri,” katanya.

Naresh berkata demikian di hadapan Koroner Rodiah Mohamad selepas menjawab pertanyaan Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah.

Menceritakan lanjut, Naresh berkata, dia pada ketika itu hanya memikirkan untuk menyelamatkan nyawa Muhammad Adib walaupun orang ramai hanya memandangnya dan mengambil gambar menggunakan telefon bimbit.

“Pada awalnya, saya telah berlari dalam jarak 120 meter untuk mencari kereta membawa anggota bomba ke hospital namun tiada siapa membantunya. Selepas itu, saya telah berpatah balik kepada anggota bomba dan meminta orang ramai mengangkatnya dan mengikutnya dari belakang.

“Jarak saya dengan mereka kira-kira 10 langkah dan pada masa ini ternampak kereta Mutsubisihi Storm sedang mengundur. Saya telah meminta bantuan untuk menghantarnya ke hospital berdekatan,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply