Portal berita terbaik anda

Utama

Inkues Adib: Netizen desak IJN, pakar forensik mohon maaf pada ‘Cik Miera’

Cik Miera adalah seorang jururawat yang mengatakan pakar forensik, Dr Ahmad Hafizam Hasmi berbohong mengenai kecederaan Muhammad Adib pada bulan Mac lalu.

Dia memuat naik paparan di Facebook miliknya setelah berasa kecewa dengan laporan berita berkenaan keterangan Dr Ahmad Hafizam itu kerana melihat kesedihan yang ditanggung keluarga, tunang dan rakan-rakan sekerja Muhammad Adib sepanjang dirawat di IJN.

Dr Ahmad Hafizam dalam keterangannya di mahkamah, berkata status dalam akaun Facebook yang dikenali sebagai Cik Miera itu menyebabkan beliau berdepan dengan cacian dan dianggap berbohong berkenaan pandangannya bahawa corak kecederaan yang dialami anggota bomba itu tidak padan dengan kecederaan dipukul.

Cik Miera atau namanya Siti Syafika Amira, sudah enam tahun bertugas sebagai jururawat. Dia diarahkan untuk membantu doktor bagi memasang alat bantuan pernafasan (ECMO) di tubuh Muhammad Adib pada 28 November tahun lalu.

Akibat dari status FB jururawat itu, dia telah dipanggil ke mahkamah untuk diambil keterangan. Dipercayai kerana tekanan yang dihadapi, akhirnya Cik Miera terpaksa meminta maaf pada pakar forensik tersebut.

Tapi hari ini terbukti di Mahkamah Koroner Shah Alam, Muhammad Adib memang mati dipukul oleh lebih dari dua orang.

Dr. Ahmad Hafizam dan pihak atasan IJN harus memohon maaf kepada Cik Miera. Terbukti jururawat ini lebih berintegriti.

Kami rakyat Malaysia terhutang budi pada Cik Miera.

Sumber: Tun Carlos

Loading...

Leave a Reply