Portal berita terbaik anda

Utama

‘Inilah masalah Kit Siang. Dah la tak hensem, bodoh pula’

Salah sebut ni orang troll sahaja selagi mana tak ada kesan kepada negara. Orang bodoh sahaja yang suruh letak jawatan sebab tersasul.

Yang patut letak jawatan ini adalah menteri yang buat kenyataan / tindakan menyusahkan orang. Contoh:

1. Menteri Pertahanan bagi amaran kepada China dan US supaya jangan tunjuk kekuatan. Tapi tak sampai sebulan, elok pula duduk jaja cerita cuma 4 buah jet Sukhoi kita yang boleh terbang. Kita ni mujur tak mati kena bom je tuan-tuan. Apa ke bangang duk cerita kelemahan dalam benteng pertahanan?

2. Menteri Agama buat pengumuman saham2 berkaitan Tabung Haji bernilai bilion ringgit akan dijual kepada sebuah syarikat SPV. Sampai habis panik pelabur lain. Kesannya nilai 10 syarikat utama pegangan Tabung Haji mengalami kejatuhan RM607 juta dalam masa seminggu.

3. Menteri Kewangan jaja cerita hutang RM1 trilion sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur-pelabur asing. Kesannya BSKL mengalami kejatuhan 300 mata (conservatively speaking RM250bilion) dalam 2 bulan pertama pemerintahan mereka. Bloomberg kata BSKL adalah “The Asia’s Only Loser”

4. Lantikan politik dalam SPRM dedah rakaman sulit perbualan antara Putera Mahkota UAE dan DSN ketika musim kempen PRK Kimanis. UAE adalah rakan dagang terbesar Malaysia dari blok GCC. 6,600 rakyat Malaysia juga bekerja/ tinggal di UAE.

Langsung tak fikir isu bilateral, isu keselamatan rakyat dan isu hubungan dagang masa bercakap.

Dan kurang seminggu selepas itu UAE berjanji untuk buat pelaburan USD23 bilion ke Indonesia.

5. Menteri Kesihatan mengambil ringan nasihat WHO termasuk saranan menangguhkan perhimpunan awam ketika wabak COVID-19 sedang memuncak di seluruh dunia. Akhirnya berlakulah Ijtimak Sri Petaling yang menjadi kluster terbesar wabak setakat ini.

Kemudian orang-orang kiasu PH ada hati nak salahkan tabligh?

Inilah masalah kau Kit Siang. Dah la tak hensem, bodoh pula

Sumber: Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Loading...

Leave a Reply