Impian berumah tangga musnah, bakal suami lesap di hari pernikahan

Hari perkahwinan adalah detik yang paling dinantikan bagi setiap bakal pengantin. Kehadiran insan istimewa bergelar suami atau isteri pastinya memberi makna terindah dalam menempuh alam rumah tangga.

Namun berbeza pula nasib yang menimpa wanita ini apabila impiannya untuk menjadi raja sehari musnah dalam sekelip mata selepas bakal suami lesap di hari pernikahan mereka.

Menurut wanita itu, segala persiapan perkahwinan termasuk hantaran, pakaian dan sebagainya sudah pun dilakukan.

Namun, pada malam berinai lelaki itu gagal dikesan, malah wanita itu telah menghubunginya lebih 300 kali malangnya tiada sebarang jawapan yang diterima.

Difahamkan, mereka berkenalan sejak 2019 sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tanggan.

Menerusi satu rakaman live di TikTok, wanita ini redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuknya namun dia tidak menolak sekiranya masih berjodoh dengan lelaki itu.

Menerusi video lain pula, kelihatan wanita ini masih mengagahkan diri memakai busana pengantin sebagai tanda kenangan.

Loading...

Leave a Reply