Portal berita terbaik anda

Dunia

Imam masjid cedera disimbah asid dalam rusuhan di New Delhi

New Delhi kekal berada dalam keadaan tegang selepas rusuhan selama tiga hari, manakala rumah dan kedai milik komuniti beragama Islam terus menjadi sasaran keganasan.

Seramai 32 orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam keganasan yang tercetus susulan kontroversi mengenai Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) India yang diumumkan Perdana Menteri Narendra Modi, baru-baru ini.

Terbaru, seorang imam masjid di Shiv Vihar, kawasan kejiranan majoriti Islam di New Delhi cedera teruk selepas dipukul sekumpulan perusuh selain mukanya disimbah dengan asid.

Akibat daripada serangan itu, sebahagian muka warga emas berusia 54 tahun itu melecur malah baju yang dipakainya hampir hangus.

Perdana Menteri, Narendra Modi dalam satu hantaran di Twitter semalam merayu orang ramai untuk kembali mewujudkan keamanan di bandaraya berkenaan.

Pemimpin pembangkang, Sonia Gandhi pada masa sama mendesak Menteri Dalam Negeri, Amit Shah untuk berundur kerana mendakwa, beliau bertanggungjawab atas tragedi itu.

Ketua Menteri New Delhi, Arvind Kejriwal pula menggambarkan situasi terbabit sebagai membimbangkan dan menuntut campur tangan pihak tentera.

Loading...

Leave a Reply