Portal berita terbaik anda

Utama

Ikan singgang mampu jadi penawar Covid-19?

Ikan singgang mempunyai khasiatnya yag tersendiri.

Ia dikatakan mampu melawan penyakit bawaan virus dan mungkin penawar kepada wabak Covid-19.

Unsur semulajadi semasa penyediaan ikan singgang boleh mempercepatkan proses pemulihan organ dalaman.

Dapatan awal oleh pensyarah Fakulti Sains & Teknologi Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Azizah Mahmood menunjukkan ramuan dalam masakan ikan singgang menghasilkan komponen yang berfungsi menentang mikroorganisma tertentu dalam badan manusia.

Menurut Dr Azizah, bahan utama dalam masakan ikan singgang ialah halia, serai, kunyit, asam keping, dan garam. Apabila dimasak dan larut di dalam air, ia akan menghasilkan komponen antimikrob dan anti oksida.

Katanya, kedua-dua komponen itu boleh menentang mikroorganisma tertentu dalam badan manusia.

Ia termasuk potensinya untuk melawan Covid-19.

Bagaimanapun kajian terperinci berhubung ikan singgang boleh melawan virus Covid-19 sedang dilakukan.

Loading...

Leave a Reply