Portal berita terbaik anda

Utama

Ikan kembung dijual 50 sen sekilo di Kedah

Lambakan ikan kembung bersaiz kecil di negeri utara khususnya Kedah sejak dua minggu lalu menyebabkan harga ikan tersebut jatuh sehingga 50 sen sekilogram.

Hasil tangkapan itu memberi rezeki kepada nelayan disebabkan fenomena lambakan ikan hanya berlaku sekitar 20 tahun lalu.

Setakat ini ikan di Kuala Muda dijual murah sehingga mencecah 50 sen sekilogram manakala di Kuala Kedah pula dijual sehingga RM1 sekilo bergantung pada saiz.

Peniaga ikan, Khadijah Md Shah, 45, berkata, sejak dua hari lalu dia menjual ikan kembung pada harga RM1 sekilogram tetapi bersaiz kecil.

Namun, katanya, bagi ikan pukat tangsi yang bersaiz sederhana, dia menjualnya pada harga RM3 sekilogram dan RM10 bagi empat kilogram.

“Ada pemborong dari Kelantan dan Kuala Lumpur membeli ikan terus dari sini kerana harganya lebih murah berbanding di negeri lain.

“Alhamdulillah, setiap hari pendaratan ikan kembung yang diperolehi antara 500kg hingga 1,200kg sehari bergantung pada keadaan cuaca,” katanya.

Loading...

2 Comments

  1. Md Rojis Long

    How do I contact the seller? It SHALL be very helpful IF phone Whatsapp is given!

  2. yartsa gunbu

    Amboi boboboy.
    Terer na md rojis long sepiking inggeris.
    Kelasss kau jah .

Leave a Reply