Portal berita terbaik anda

Politik

ICERD: Batal demo, buat sujud syukur, kenduri pisang – Mahfuz

KUALA LUMPUR: Pas dan UMNO disarankan mengadakan sujud syukur dan membuat kenduri jamu goreng pisang jika benar keputusan mereka meneruskan perhimpunan untuk meraikan keputusan kerajaan tidak meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD)

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah itu lebih baik daripada dua parti itu menghabiskan wang sewa bas untuk membawa perserta menyertai perhimpunan.

“Kalau sekadar nak buat majlis kesyukuran, saya cadangkan semua buat sujud syukur dan buat kenduri pisang di masjid di surau di seluruh negara.

“Daripada menghabiskan wang untuk sewa bas sebagainya, lebih baik wang tu dikumpul untuk bantu fakir miskin dan sekolah agama yg ada dalam negara kita,” katanya kepada media di Lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai keputusan Pas dan UMNO yang tetap mahu meneruskan perhimpunan membantah ICERD pada 8 Disember ini.

Tambah Mahfuz, masyakarat Islam sepatutnya melihat isu perkauman di negara ini bukan kerana ICERD tapi masalahnya kerana tahap pemikiran.

“Walaupun ratifikasi tak berlaku seharusnya orang Islam sedar apakah masalah sebenarnya.

“Masalahnya bukan ICERD masalahnya mindset. Mindset masyarakat Islam itu harus berubah.”

Loading...

1 Comment

  1. Khadijah

    Dulu masa perhimpunan BERSIH knape tak pulak pandai berhujah supaya batalkan perhimpunan dan solat sunat berdoa pd Allah banyak2………cakap je pandai…..

Leave a Reply