Portal berita terbaik anda

Viral

Ibu muda rayu bantuan biayai rawatan anak hidap kanser

Di dunia ini, tidak semua orang berkemampuan terutamanya bila berkait dengan pembiayaan rawatan hospital yang tinggi. Bukan ratusan ringgit, malah mencecah puluhan ribu ringgit.

Begitulah nasib yang menimpa seorang ibu muda, Nur Hazirah Nordin yang dikurniakan seorang anak lelaki berusia dua tahun, Muhammad Al Afiq Hidayat yang disahkan menghidap kanser darah atau T Lymphoblastic Lymphoma.

Menurut Nur Hazirah, anaknya telah menjalani pembedahan bagi membuang kimo pod yang dijangkiti kuman pada 11 September dan terpaksa menjalani satu lagi pembedahan bagi memasukkan semula kimo pod tersebut pada 1 Oktober.

Oleh kerana kos rawatan kemoterapi semakin tinggi selain pendapatan bulanan suaminya yang tidak seberapa, Nur Hazirah memohon orang ramai supaya turut menghulurkan bantuan.

Sehubungan itu, sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun CIMB bernombor 7626601184 atas nama Nur Hazirah.

Semoga anak kecil ini dan keluarganya dipermudahkan urusan dan cepat sembuh seperti kanak-kanak yang lain. Amin…

Loading...

Leave a Reply