Portal berita terbaik anda

Utama

Ibu dan bapa Adib sujud syukur, menangis dengar keputusan memihak Allahyarham

“SYUKUR… Alhamdulillah dan kami sekeluarga berasa lega penantian selama ini memihak kepada arwah anak saya.”

Itu ungkapan kesyukuran yang diucapkan bapa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Mohd Kassim Abdul Hamid, 63 tahun, sejurus selepas mahkamah memberikan keputusan inkues anaknya, hari ini.

Sebaik dimaklumkan anak sulungnya Mohd Asraf Mohd Kassim pagi tadi, dia dan isterinya dan Asma Aziz, 52 tahun, melakukan sujud syukur serta menangis kerana doa mereka sekeluarga dimakbulkan Allah.

Menurut Mohd Kassim dia dan isterinya akan bertolak ke Kuala Lumpur petang ini untuk berbincang bersama peguam dan anggota keluarga yang lain untuk tindakan seterusnya.

“Dah menyebelahi kita maka kita tengoklah nanti bagaimana siasatan seterusnya. Kita serah kepada polis. Kita tidak tahu, nanti kita sama-sama tunggu tengok. Alhamdulillah, kemenangan kita syukur, Alhamdulillah…,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, hari ini.

Kira-kira 9 pagi, tadi Koroner Rofiah Mohamad membacakan keputusan inkues kematian Muhammad Adib yang disebabkan perbuatan jenayah dua atau lebih orang tidak dikenali.

Prosiding inkues yang dikendalikan Pengendali Faten Hadni Khairuddin itu berlangsung 41 hari bermula 11 Februari lalu dengan seramai 30 saksi memberi keterangan selain 137 eksibit dikemukakan.

Muhammad Adib yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Muhammad Adib meninggal dunia pada 17 Disember tahun lalu.

Loading...

Leave a Reply